Thursday, 21 July 2011


Assalamualaikum WBT,
Selamat berpuasa, mudah-mudahan amalan puasa kita di terima dan diganjari oleh ALLAH SWT.
Terima kasih kerana melawat dan membeli KEK LAPIS SARAWAK di www.sayasukakeklapis.blogspot.com
Kami cuba untuk menjadikan blog ini antara blog kek lapis sarawak yang mudah di beli dan mesra pelanggan. Kami juga cuba untuk memenuhi citarasa pelanggan dengan kepelbagaian KEK LAPIS SARAWAK yang terdapat di sekitar Kuching, Sarawak. Kami cuba yang terbaik dengan sedaya yang mampu.
Walaupun begitu, ada perkara yang kadang kadang di luar kawalan kami. Contohnya jika dalam bab penghantaran kek, kita sedia maklum dengan khidmat POS LAJU yang ‘tak berapa laju’ sehingga menyebabkan kelewatan melampau barang yang di pos, jadi kami mohon maaf andaikata ianya berlaku pada penghantaran saudara/i.
Kami cuba sedaya upaya agar harga kek adalah di bawah kawalan harga mampu milik untuk semua golongan masyarakat, agar setiap peringkat dapat merasai keaslian KEK LAPIS SARAWAK.
Ramai yang bertanya, adakah kek ini tahan lama?...Saya menjawab, kek akan tahan lama jika di simpan dalam peti ais, jika di dalam peti ais (yg tidak bercampur dgn bahan bahan bauan yg lain), kek akan tahan berminggu-minggu (mungkin 3-4 minggu lamanya), walaubagaimanapun, untuk pengetahuan semua, kek dari jenis butter adalah lebih tahan dari jenis marjerin. Nasihat saya, simpan kek di dalam container atau bekas..dan letakkan nya dalam peti ais.Jgn biarkan KEK LAPIS terdedah dgn panas. InsyaALLAH kek akan tahan lama. (kecuali kek hati pari- tak payah simpan dalam peti ais – ia adalah kek kukus 8 jam- tahan berbulan bulan..mungkin bertahun)
Kami berharap, KEK LAPIS SARAWAK yang kami tawarkan memuaskan hati anda, dan awalnya kami memohon maaf atas kekurangan sebagai seorang manusia. Kami berharap, di halalkan apa-apa kekurangan yang terdapat nanti walaupun kami sudah mencuba sebaik mungkin untuk melayani anda sekalian.
Salam hormat dan Selamat Hari Raya, MAAF ZAHIR & BATIN

No comments:

Post a Comment