Friday, 22 July 2011

SEDAPNYA KEK LAPIS ORIGINAL

Menarik dan tertarik, bila melihat kek lapis original dari Kuching ini. Bukan setakat kreatif, bahkan cara pembuatannya juga amat senang dan mudah. Jika anda inginkan kek yang sedap, paling penting adalah penggunaan bahan dan cara kita membakar kek juga perlu betul.









Setiap kali tiba musim perayaan, terutamanya di pagi raya, kek dan biskut seakan satu kemestian untuk dihidangkan kepada para tetamu selain hidangan tradisi seperti lemang, ketupat dan rendang. Seakan tidak lengkap dan tidak berseri-seri jika tiada Kek Lapis Sarawak yang disusun cantik di meja hidangan.

Namun, perlu diingat bahawa kek yang kita susun dan hidang di hari raya itu sebagai juadah untuk para tamu, jadinya ia untuk dimakan bukan sebagai hiasan. Biarlah bersederhana, tidak perlulah penuh satu meja sehingga tetamu pening untuk memilih yang mana satu untuk dijamah.

No comments:

Post a Comment